Artikel

AS Mahu Kenakan Tarif 100% Ke Atas Semua Import Cip, Semikonduktor 

Amerika Syarikat (AS) dilihat terus melaksanakan tindakan agresif pada aliran perdagangan global apabila Presiden Donald Trump memaklumkan hasratnya untuk mengenakan tarif 100% ke atas semikonduktor yang diimport dari negara yang tidak menghasilkannya di AS. 

Tarif tersebut dijelaskan tidak terpakai untuk syarikat yang telah melaksanakan komitmen pengeluaran di AS seperti kilang atau memiliki perancangan untuk membuka hab pengeluar di sana.

Kenyataan ini bagaimanapun tidak memberi sebarang perincian dan garis masa akan pelaksanaannya di pasaran global. Secara menyeluruh ia akan memberi kesan besar kepada rantaian global pada industri teknologi.