Artikel

Pelan Struktur KL 2040 Tetapkan Komposisi Melayu, Bumiputera Kekal Tidak Kurang 40%

Di bawah kerangka pembangunan ibu negara Kuala Lumpur 2040, kerajaan memaklumkan komposisi kaum Melayu dan Bumiputera di KL akan kekal tidak kurang daripada 40%.

Langkah ini seiring dengan pendekatan KL untuk pengenalan Rumah Mampu Milik Melayu, Kedai Mampu Milik Melayu dan Perindustrian Ringan Mampu Miliki Melayu dilaksanakan pada setiap pembangunan di Tanah Rizab Melayu dan tanah Penempatan Pertanian Melayu di Wilayah Persekutuan.

Kerangka itu mengikut makluman Parlimen adalah bertepatan dengan usaha negara untuk mengekalkan identiti, pemiilikan dan kesinambungan komuniti Melayu di ibu negara biarpun alami kepesatan pembangunan swasta. Berlandas usaha itu, pentadbiran wilayah menegaskan segala pembangunan di bawah rizab Melayu adalah di bawah pemilikan 100% sepenuhnya kaum Melayu.