Pelaksanaan Sistem Tol Tanpa Palang (MLFF) kini ditegaskan tidak akan memberi sebarang implikasi kos kepada kerajaan sebagaimana yang dianggarkan sekitar RM3.46 bilion. Menurut makluman di Parlimen, segala tekanan kos hanya melibatkan syarikat konsesi lebuh raya dan penyedia perkhidmatan berkaitan.
Tambahan untuk tindakan pembangunan tersebut, kerajaan beri tempoh dua tahun kepada 33 syarikat konsesi untuk memuktamadkan rakan kongsi MLFF yang dikehendaki mereka. Setakat ini difahamkan syarikat konsesi PNB, Prolintas sedang laksana projek percubaan (POC) bagi sistem MLFF di Plaza Tol Alam Impian bersama Touch ‘n Go dan CIMB.
Selain itu pada pencerahan lanjut di sidang Parlimen, Kementerian Kerja Raya turut menjelaskan sistem MLFF ini akan menggunakan teknologi RFID bersama ANPR iaitu Pengencaman Nombor Pendaftaran Automatik. Dengan sokongan teknologi itu ia tidak sekadar melancarkan aliran trafik tetapi turut menangkis isu pengelak pembayaran tol. Akses itu akan membantu pentadbir konsesi mengenalpasti kumpulan tersebut dan memberi notis tuntutan pembayaran tol.