Artikel

Bank Muamalat, Takaful Malaysia Perkenal Perlindungan Takaful Siber Pertama Di Malaysia

Menyedari cabaran keselamatan digital semakin meningkat di pasaran Malaysia – Bank Muamalat bersama Takaful Malaysia kini tampil dengan kerjasama strategik perkenalkan Perlindungan Takaful Siber pertama di Malaysia dengan harga serendah RM14.80 setahun.

Penawaran pelan perlindungan mampu milik ini dijelaskan akan memberi perlindungan siber selama 12 bulan kepada pengguna melibatkan isu produk tiruan, penipuan keyakinan dan pemindahan dana elektronik tanpa kebenaran.

Lebih menarik perlindungan ini turut akan diberi secara automatik kepada pengguna baharu MSalary+ iaitu sistem pembayaran gaji melalui Bank Muamalat. Tindakan itu adalah sebahagian daripada timbal balas perbankan akan proses langganan produk runcit.

Secara menyeluruh pelan ini akan diuruskan oleh Takaful Malaysia dan pengguna boleh dapatkan langganan tersebut bermula bulan ini di semua cawangan Bank Muamalat Malaysia.