Artikel

Maybank, Microsoft Jalin Kerjasama Pacu Akses Digital – Pada Nilai RM1 Bilion

Malayan Banking Bhd (Maybank) kini memeterai kerjasama untuk tempoh 5 tahun bersama Microsoft bagi memacu akses digital dengan nilai berjumlah RM1.0 bilion. 

Menerusi kesepakatan itu, Maybank akan memanfaatkan keupayaan rangkaian kerjasama, teknologi awan dan kecerdasan buatan (Al) Microsoft bagi meningkatkan keutamaan pelanggan, kecekapan operasi dan menggalakkan budaya inovasi yang berterusan. la turut termasuk menaik taraf keupayaan sedia ada kepada Microsoft 365 dan Microsoft Azure sebagai antara platform awan utama untuk beberapa sistem, fungsi dan beban kerja data.

Maybank pada makluman notis bersama Rnggt hari ini, melihat perkongsian strategik ini tidak sekadar membantu menambahbaik pengurusan tugas serta sokongan teknologi tetapi ia turut memberi nilai tambah kepada sekitar 44,000 petugas mereka pada perolehan kemahiran digital. Langkah ini sekaligus menjadi sebahagian pelaburan strategik Maybank bersama tenaga kerja Malaysia.