Bermula Khamis ini, pentadbiran negara akan melaksanakan majlis konsultasi Belanjawan 2026 untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan sehingga draf akhir bajet ini disiapkan.
Tindakan ini menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan mengambilkira pelbagai pandangan merentasi kesemua industri di Malaysia. Segala cadangan akan diteliti bersama inisiaitif dan dasar negara serta turut akan disemak melibatkan status geopolitik di pasaran semasa.
Maka ke arah persediaan itu, Belanjawan 2026 dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2025 ini sebagaimana yang digariskan mengikut Takwim Penggal Keempat Parlimen Ke-15 2025. Berdasarkan garis masa itu, kerajaan memiliki tempoh sekitar 2 bulan untuk menambahbaik draf belanjawan tersebut. Sama-sama kita nantikan.
