Bertepatan dengan matlamat negara di bawah kerangka 5 tahun Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), pemain pasaran Malaysia kini digesa untuk melaras naik sistem kewangan negara menjadi pemangkin utama pada peralihan negara ke arah ekonomi berasaskan penciptaan nilai.
Seruan Timbalan Menteri Kewangan Amir Hamzah pada acara MyFintech Week 2025 hari ini adalah seiring status sektor kewangan yang kini menjadi antara 17 sektor strategik berimpak tinggi berasaskan pertumbuhan dan nilai tinggi (HGHV). Dengan memanfaatkan potensi itu, ia sekaligus akan memacu pelbagai aliran ekonomi dalam pertumbuhan Malaysia.
Selain tumpuan itu, hala tuju kewangan negara turut difokuskan kepada agenda FIND yang membawa kepada memupuk inovasi yang bertanggunjawab (F), melabur dalam inovasi (I), membentuk bakat pada sektor hadapan (N) dan mendemokrasikan kewangan bagi meluaskan penyertaan ekonomi (D).
Pendekatan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan sistem kewangan Malaysia kekal relevan dan berdaya saing, sambil memenuhi keperluan ekonomi yang berubah dan menggalakkan pertumbuhan yang mampan.