MyFintech Week (MyFW) 2025 secara rasminya dilancarkan hari ini, menandakan satu pencapaian penting dengan penganjuran bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan empat rakan kongsi utama. Buat pertama kalinya, acara berprestij ini dianjurkan dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Fintech Association of Malaysia (FAOM).
Bersama tema Mencetus Idea, Menginovasi, Mencipta Bersama: Membentuk Masa Depan Kewangan. BNM melihat kerjasama antara pelbagai pihak termasuk pengawal selia hingga pencetus inovasi harus diperkukuhkan bagi menangani cabaran dan meneroka peluang pada landskap kewangan yang dilihat sentiasa alami perubahan drastik.
Selari dengan komitmen itu, BNM kini telah berkongsikan beberapa tindakan yang sedang dilaksanakan – antaranya mengeluarkan Kertas Perbincangan mengenai AI bagi menggariskan pendekatan kawal selia untuk penggunaan AI yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan kewangan. Seterusnya Draf Pendedahan mengenai Kewangan Terbuka akan dikeluarkan menjelang akhir 2025 ini bagi menetapkan visi untuk ekosistem perkongsian data yang didorong oleh data dan kebenaran pengguna. Dan selanjutnya pihak berkuasa akan memperincikan penggunaan tokenisasi di bawah Kertas Perbincangan mengenai Tokenisasi Aset.
Bersama matlamat itu BNM menyeru semua peserta untuk memanfaatkan platform MyFintech Week ini dengan mencetuskan dan meneroka pelbagai idea-idea baharu, bagi menjalin kerjasama yang akan membawa impak positif pada ekosistem kewangan digital Malaysia.