Artikel

Bekalan Minyak Sawit Malaysia Dijangka Naik Lebih 10% – Tertinggi Dalam Tempoh 2 Tahun

Malaysia dijangka mencatatkan bekalan simpanan minyak sawit di paras tertinggi untuk bulan kelima berturutan pada Julai ini. Ia melibatkan jangkaan jumlah bekalan 2.25 juta tan metrik, iaitu naik 10.8% dalam tempoh hampir dua tahun.

Tinjauan Reuters ini turut mendapati pengeluaran minyak sawit mentah negara berupaya mencapai 1.83 juta tan metrik iaitu melonjak 8% berbanding bulan sebelumnya dan menjadikan ia jumlah pengeluaran paras tertinggi dalam tempoh setahun.

Melalui prestasi ini ia tidak sekadar mengukuhkan kedudukan Malaysia pada pasaran minyak sawit tetapi turut meluaskan peluang aliran eksport. Di mana aliran eksport dijangka meningkat sekitar 3.2% kepada 1.3 juta tan metrik. Prestasi ini secara langsung mampu mengatasi kemerosotan yang direkodkan pada bulan lalu.

Biarpun miliki kelebihan tinggi pada perolehan bekalan tersebut perlu diingatkan Malaysia harus memastikan aliran permintaan adalah sepadan dengan kapasiti simpanan bekalan negara. Ini kerana jika permintaan lebih rendah maka situasi itu berupaya menjejaskan harga minyak sawit dan secara langsung memberi kesan kepada pendapatan syarikat perladangan serta pekebun kecil