Artikel

Singapura Tiada Rancangan Benarkan Khidmat Seru-Pandu Bebas Laksana Perjalanan Rentas Sempadan

Singapura melalui Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) kini menjelaskan pihaknya tidak miliki sebarang perancangan untuk membenarkan khidmat seru-pandu laksana perjalanan rentas sempadan secara bebas antara Malaysia. 

Walaupun pada 1 Ogos lalu terdapat perbincangan dilaksanakan kedua negara, namun tiada keputusan menyeluruh dibuat melibatkan isu benarkan khidmat seru-pandu membawa penumpang secara bebas pada perjalanan rentas sempadan. Langkah ini antara lain untuk menghindari sebarang lambakan kenderaan atau pemandu asing yang tidak dikawal selia di bawah perundangan Singapura.

Setakat ini, perkhidmatan tersebut hanya dibenarkan di bawah Skim Teksi Rentas Sempadan (CBTS) yang melibatkan 200 teksi berlesen, memiliki akses untuk membawa penumpang antara Singapura dan Johor Bahru. Dan khidmat ini hanya tersedia untuk lokasi yang telahpun ditetapkan oleh Singapura dan Johor Bahru.

Untuk tindakan lanjut, Singapura dalam pertimbangan untuk menambah lokasi perkhidmatan tersebut dan meneliti potensi menggunakan aplikasi seru-pandu untuk bolehkan tempahan pengangkutan dapat dilaksana bersama teksi yang berlesen. Selain skim teksi tersebut, terdapat juga khidmat bas rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia.