Artikel

Sistem Gred Nutrien Pada Produk Makanan, Minuman Akan Dilaksanakan Di Malaysia

Sebagaimana matlamat yang pernah dizahirkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun lalu, pentadbiran negara kini dilihat optimis melaksanakan sistem penggredan nutrien pada produk makanan dan minuman di pasaran semasa.

Jelas perincian pada Buku Utama Rancangan Malaysia Ke-13 ini, sebuah sistem penggredan akan dilaksanakan melalui pelabelan mandatori depan bungkusan untuk mengurangkan kandungan gula dan garam dalam produk makanan dan minuman di Malaysia.

Langkah ini adalah tindak balas pihak berkuasa untuk menambahbaik tahap sekuriti kesihatan bagi meningkatkan perlindungan ke atas rakyat dan ekonomi daripada ancaman kesihatan serta sekaligus melandaikan lonjakan penyakit tidak berjangkit (NCD) kalangan rakyat negara.

Setakat ini, Malaysia telah melaksanakan pemaparan label ‘Pilihan Lebih Sihat’ dan pelaksanaan Kempen Perang Ke Atas Gula. Usaha ini antara langkah negara menambahbaik sistem penarafan tahap nutrien yang terdapat pada produk di pasaran negara.