Jakel Group secara rasminya merupakan pemegang kedua terbesar Pharmaniaga selepas anak syarikatnya Jakel Medical memperolehi kepentingan sebanyak 10% pada firma konsesi farmasuetikal itu.
Makluman kepada Bursa Malaysia ini, pegangan ini dijelaskan mewakili 655.75 juta saham yang diraih melalui penempatan persendirian pada minggu ini.
Dengan peralihan kepentingan itu, ia sekaligus membantu Pharmaniaga menstruktur kembali aliran operasi mereka dan menamatkan status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang suku pertama 2026 kelak. Selain Jakel, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings dimaklumkan kekal selaku pemegang saham utama Pharmaniaga dengan masing-masing memiliki kepentingan 8.7% dan 35.2%.