Seperti yang umum ketahui, dalam usaha mengekang kenaikan kos insurans di pasaran semasa – kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kewangan (MOF) kini dalam usaha merangka reka bentuk produk asas insurans kesihatan dan takaful (MHIT) yang bersesuaian dengan keperluan penduduk negara.
Menurut notis MOF pada notis lisan di portal Parlimen – setakat ini reka bentuk produk tersebut masih lagi belum dimuktamadkan. Namun pihak berkuasa menjangkakan penggubalan konsep tersebut dapat siap sepenuhnya menjelang Disember 2025 ini dan pelaksanaan produk itu berpotensi dijalankan pada akhir 2026 kelak.
Biarpun pembentukan produk masih lagi diperingkat awal, ketika ini telahpun dicadangkan untuk membenarkan Akaun 2 KWSP dijadikan antara saluran pembayaran pelan tersebut bersama pengguna.
KWSP menegaskan sekiranya polisi produk asas MHIT ini telah dimukmtamadkan, pihaknya akan menambahbaik akses i-Lindung sebelum membenarkan pengguna menggunakan Akaun 2 sebagai akses pembayaran. Semua pihak perlu sedari bahawa cadangan pembelian insurans kesihatan di medium KWSP ini adalah bersifat sukarela dan ia masih belum dimuktamadkan lagi. Jadi keputusan mutlak hanya akan diketahui pada akhir tahun ini.