Artikel

Trump Umum Malaysia Dikenakan Tarif 19% – Menurun Daripada 25%

Setelah melalui beberapa fasa rundingan, seperti yang dijanjikan bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada hari ini – Presiden Donald Trump kini mengumumkan 19% tarif import ke atas semua produk Malaysia. 

Kadar ini untuk makluman adalah lebih rendah berbanding pelarasan kali kedua yang di buat Amerika Syarikat (AS) sebelum ini iaitu 25%.

Struktur tarif baharu ini finally mkan berkuatkuasa dalam masa tujuh hari dan terpakai kepada barangan yang memasuki AS untuk penggunaan, dengan pengecualian terhad untuk tindakan yang sudah dalam penghantaran.

Selain Malaysia, negara rantau lain yang turut berdepan pengenaan 19% adalah seperti Thailand, Indonesia dan Kemboja sementara Vietnam pula 20% dan Brunei 25%.