Artikel

Trump Akan Umum Tarif Import Baharu Ke Atas Malaysia, Pada 1 Ogos Ini – PM Anwar

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini memaklumkan akan mengumumkan pelarasan tarif import baharu ke atas Malaysia pada 1 Ogos 2025 ini. Makluman itu dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pembukaan sidang pembentang Rancangan Malaysia Ke-13 sebentar tadi.

Untuk makluman semua, setakat ini Malaysia menjadi antara negara yang dikenakan tarif 25% iaitu 1% lebih tinggi berbanding pelarasan awal yang dibuat pada 2 April lalu. Bagaimanapun, wakil pentadbiran negara kekal optimis dan telah laksana rundingan bersama AS untuk pertimbangan menurun paras tarif tersebut.

Berdasarkan perkongsian ini, PM Anwar memiliki tanggapan positif akan penurunan kadar tarif tersebut ke atas barangan Malaysia ke AS. Sama-sama kita nantikan!