Setelah melalui pelbagai fasa perbincangan sehinggalah pembentangan dilaksanakan pada sidang Parlimen kali ini – dengan suara majoriti, pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan 2025 kini telah mencapai persetujuan menyeluruh ahli Dewan Rakyat. Keputusan ini sekaligus akan mewajibkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia.
Buat pengetahuan umum, ketika ini Dasar Pendidikan Wajib di Malaysia hanya melibatkan perolehan pendidikan selama 6 tahun sahaja iaitu pendidikan di peringkat sekolah rendah. Maka pada usaha lanjutan itu, tindakan pindaan akan berlaku ke atas Akta Pendidikan 1996.
Bersama perubahan itu ia secara langsung akan membantu sektor pendidikan negara lebih terjamin di masa mendatang. Selanjutnya keputusan ini akan dibawa ke sidang Dewan Negara bagi meraih kelulusan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum diwartakan sebagai Akta untuk dikuatkuasakan.
Ke arah penyelesaian itu, semua pihak perlu sedari setelah akta ini meraih penguatkuasaan secara menyeluruh – ini bermakna mana-mana kumpulan penjaga yang gagal pastikan anak jagaan mereka mengikuti pendidikan wajib sebagaimana yang tertakluk dalam Akta Pendidikan maka kumpulan penjaga ini berpotensi didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 6 bulan.