Artikel

Subsidi Telur Ayam Tamat 1 Ogos Ini, Bekalan Dijamin Kekal Mencukupi

Bermula 1 Ogos ini, pemberian subsidi telur ayam akan ditamatkan sepenuhnya. Ke arah pelaksanaan itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) optimis, pelarasan bekalan akan kekal mencukupi dan memenuhi permintaan pasaran pada bulan hadapan.

Pihak berkuasa akan laksana langkah campur tangan jika didapati berlaku isu kekurangan bekalan. Selain jaminan itu, pihak pentadbiran juga optimis penjualan telur ayam tidak akan alami kenaikan harga.

Makluman yang dikongsikan pada temubual MHI hari ini turut menjelaskan keputusan penamatan subsidi tersebut adalah tindak balas pihak berkuasa untuk memastikan aliran pengeluaran negara terus stabil dan sekaligus menangani isu kenaikan harga telur. Tindakan pemberian subsidi yang terlalu lama dilihat memberi kesan kepada kelangsungan industri dan ia sebagai langkah yang kurang mampan berupaya menjejaskan prestasi pengeluar.