Artikel

Hasil KWSP Turun 13% Kesan Prestasi Ekuiti Yang Lemah, Bukan Sebab Jualan Aset Luar Negara – MOF

Prestasi pasaran ekuiti yang lebih rendah secara langsung telah mendorong penurunan jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – yang ketika ini jatuh 13% kepada RM18.31 bilion untuk rekod suku pertama 2025.

Faktor sedemikian jelas Kementerian Kewangan pada notis lisan di portal Parlimen – bukanlah disebabkan tindakan penjualan aset luar negara. Tindakan jualan itu bertujuan menyokong kedudukan ringgit dan meneroka pelaburan lebih besar pada pasaran ekuiti domestik.

Sebaliknya kelemahan pasaran ekuiti ini berlaku kesan ketegangan perdagangan global yang semakin meningkat atas dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang terus tidak menentu. Biarpun terdapat sebilangan bank pusat telah melonggarkan dasar monetari tetapi kebimbangan akan ketidakstabilan politik, fiskal dan konflik serantau telah melemahkan sentimen pasaran dan sekaligus jejaskan keyakinan pelabur.