Artikel

Firma Hartanah Rancang Ambil Alih 28% Pegangan Pengendali Texas Chicken, SF Coffee Di Malaysia

Paramount Corp Bhd, pemaju hartanah kini dilihat merancang ambil-alih 28% pegangan pengendali rangkaian makanan segera Texas Chicken dan San Francisco Coffee di Malaysia iaitu syarikat Envictus International Holdings pada nilai RM126.32 juta sebagai tindakan meluaskan jejak perkembangan operasi dalam industri makanan.

Cadangan peralihan kepentingan itu untuk makluman akan dilaksanakan Paramount menerusi anak syarikatnya Venice Concepts Sdn Bhd dengan peralihan sekitar 85.17 juta saham.

Apa yang menarik peralihan kepentingan ini turut akan memberi kesan kepada JAG Capital yang memiliki sekitar 29.6% dalam Envictus. Buat pengetahuan umum, 96% kepentingan JAG Capital adalah merupakan milik Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Secara menyeluruh, ini bukanlah langkah pertama Paramount dalam meluaskan empayar mereka pada industri makanan – ketika ini pihaknya telahpun memiliki dua restoran bertaraf Michelin, Dewakan dan Michelin Green Star.