Artikel

Firefly Pindah Operasi Dari Subang Ke KLIA – Mulai 19 Ogos Ini 

Dalam usaha meningkatkan kecekapan dan penyediaan khidmat bersama pengguna – Firefly kini memaklumkan akan memindahkan operasi pesawatnya dari Lapangan Terbang Subang ke Terminal 1 KLIA mulai 19 Ogos ini. 

Langkah penempatan semula operasi ini menurut laporan, syarikat induk Malaysia Aviation Group (MAG) adalah bertujuan meningkatkan perkhidmatan Firefly dalam jangka masa panjang. Selain itu khidmat turboprop syarikat penerbangan dimaklumkan akan kekal pada operasi di Subang bagi mengekalkan ketersambungan serantau.

Maka dengan tindakan ini ia sekaligus turut mengukuhkan matlamat negara menjadikan Terminal 1 KLIA selaku hab penerbangan utama di Malaysia.