Untuk terus menambahbaik tahap perlindungan buat pekerja gig di pasaran Malaysia, pada sidang Parlimen kali ini – semua pihak menyaksikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig akan dibentangkan.
Perbincangan RUU ini menurut notis Kementerian Sumber Manusia pada nota lisan portal Parlimen, akan memperuntukkan pelaksanaan perlindungan keselamatan sosial yang lebih cekap menerusi sokongan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Antaranya memastikan proses pendaftaran dan tindakan pembayaran caruman tidak membebankan mana-mana pihak iaitu majikan mahupun pekerja.
Maka dengan RUU tersebut ini akan mengukuhkan peranan pihak berkuasa dalam memantau dan laksana audit ke atas penyedia arena ekonomi gig.
Lebih menarik turut dimaklumkan kini sebuah sistem digital integrasi sedang dibangunkan bagi memudahkan penyelarasan data pendaftaran dan potongan bayaran caruman pekerja gig dilaksanakan secara berpusat. Langkah itu adalah antara kerjasama strategik yang sedang direalisasikan oleh pentadbiran Malaysia selain membuat kempen kesedaran, menyediakan bahan pendidikan dan sesi libat urus bersama pemain ekonomi gig.