Jakel Group kini dilihat dalam perancangan untuk perolehi 10% pegangan dalam Pharmaniaga – melalui tindakan penempatan saham baharu syarikat itu.
Mengikut laporan TheEdge ini, langkah menerusi Jakel Medical itu akan perlihatkan potensi langganan lebih 2 bilion saham Pharmaniaga dengan nilai sehingga RM289.3 juta. Dengan kepentingan 10% itu, Jakel Group dijangka akan jadi pemegang saham kedua terbesar dalam Pharmaniaga setelah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Ketika ini Pharmaniaga dalam fasa penyelesaian terbitan hak boleh cagar sebanyak 3.52 bilion saham. Maka tindakan terbitan saham baharu itu dijangka akan dilaksanakan selepas pelaksanaan terbitan hak cagar tersebut selesai.
Selain Jakel Group, didapati Great Eastern, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia dan PERKESO turut menunjukkan minat yang sama pada tindakan perolehan itu.