Artikel

Jurufoto Sedia Khidmat Tanpa Lesen Sekitar KLCC Dikenakan Tindakan – Denda RM2,000

Hasil operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), didapati sekitar 41 kompaun telah dikeluarkan pihaknya ke atas jurufoto yang tidak memiliki lesen perkhidmatan fotografi yang sah pada sekitar kawasan KLCC.

Pelaksanaan operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) ini adalah bertujuan mengambil tindakan ke atas pihak yang memanipulasi pengguna semasa khususnya pelancong yang bersiar di sekitar KLCC bersama perkhidmatan yang tidak sah.

Pengenaan kompaun bernilai RM2,000 itu untuk makluman selaras dengan Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) UUK Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016.

Jelas DBKL pada notis di laman Facebook, bahawa aktiviti perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran tidak sekadar menyalahi undang-undang tetapi turut menimbulkan risiko keselamatan kepada pengunjung semasa. Tegas DBKL, selain tindakan kompaun pihaknya turut memberi amaran untuk kumpulan yang terlibat tidak lagi mengulangi tindakan tersebut. Sekiranya diterusnkan maka tindakan penguatkuasaan dan penyitaan peralatan khidmat mereka akan dilaksanakan kelak.

Tindakan denda ini penting bagi memastikan kawasan bandar kekal selamat tanpa menjejaskan hak pengunjung semasa akan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang ini.