Capital A menerusi cabang perniagaan makanannya Santan kini meluaskan rangkaian pengeluaran produk apabila mencapai kerjasama dengan Empire International di bawah Food Empire – perkenalkan siri produk siap diminum dalam pesawat AirAsia dan pasaran serantau.
Untuk peringkat awal, kesepakatan ini akan melihatkan pengeluaran produk kopi ais Vietnam dalam penerbangan AirAsia, yang kelak turut akan dipasarkan pada premis runcit terpilih di bawah jenama Santan.
Dengan kerjasama kedua pihak ia dilihat tidak membantu memenuhi permintaan makanan dan minuman pengguna tetapi turut akan meluaskan jejak citarasa ASEAN pada pasaran global bersama pelancong antarabangsa.