Berikutan terdapat himpunan yang akan berlangsung pada 26 Julai ini di ibu kota negara – dimaklumkan tindakan itu tidak akan menjejaskan operasi perkhidmatan awam negara. Menteri Pengangkutan Anthony Loke kini memaklumkan pihaknya telah mengarahkan agar semua pengangkutan awam termasuk stesen tren Prasarana dan keretapi KTMB untuk kekal beroperasi seperti biasa 26 Julai ini.
Sepertimana kerajaan meraikan hak kebebasan untuk berhimpun, tindakan untuk pastikan segala operasi pengangkutan awam berjalan lancar juga adalah hak pengguna dan tanggungjawab pentadbiran.
Oleh itu, MOT menyarankan untuk peserta yang sertai perhimpunan esok untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas di ibu kota negara. Dengan jaminan, semua pihak tidar perlu khuatir dan harus pastikan baki pas perjalanan anda mencukupi untuk mengelak sebarang kesulitan perjalanan.