Artikel

JPN Saran Rakyat Memeriksa Kualiti Cip MyKad – Untuk Elak Jejas Urusan Rasmi, Pengeluaran Bantuan

Mengambilkira pendekatan pentadbiran memberi RM100 secara one-off kepada semua rakyat Malaysia dewasa yang berusia 18 tahun ke atas – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini menyeru rakyat Malaysia untuk memeriksa kualiti cip MyKad masing-masing bagi memastikan tiada sebarang permasalahan ketika penggunaan rasmi kelak. 

Saranan ini mengikut hebahan JPN pada laman media sosialnya – menjelaskan MyKad wajar ditukar sekiranya pengguna berdepan masalah seperti kad sukar dibaca ketika imbasan, sistem perbankan menolak urusan pengguna susulan tidak dapat mengesan data pada kad tersebut ataupun MyKad terlalu lama melebihi 10 tahun penggunaannya berisiko berdepan kerosakan cip.

Maka jika berdepan masalah sedemikian, semua rakyat Malaysia yang terlibat boleh menghadiri ke mana-mana cawangan JPN berdekatan ataupun laksana permohonan secara atas talian untuk proses penggantian MyKad. Tindakan ini dijelaskan akan menuntut bayaran sebanyak RM10 untuk MyKad dan RM40 untuk pemegang MyKAS dan MyPR.

Dengan langkah segera penukaran MyKad yang rosak ini, ia tidak sekadar memudahkan urusan rasmi rakyat negara tetapi turut tidak menjejaskan sebarang bantuan tunai yang disalurkan menerusi MyKad sebagaimana yang dilaksanakan Kerajaan sempena Merdeka kelak.