Artikel

Intel Melakukan Penstrukturan – Membuang Sekitar 24,000 Pekerja Tahun Ini

Intel, penyedia semikonduktor global kini memaklumkan lebih 20% pekerjanya iaitu bersamaan 24,000 tenaga akan diberhentikan berikutan tindakan kumpulan ingin menstrukturkan semula operasi dan menyelaras perbelanjaan.

Situasi ini antaranya didorong catatan kerugian yang lebih tinggi pada suku kedua 2024 sebanyak $1.61 bilion, diikuti rugi $2.9 bilion pada suku kedua 2025 dan penurunan pendapatan yang berterusan telah mendesak operasi memulihkan semula prestasi.

Menurut laporan The Verge ini, tindakan pemberhentian pekerja tersebut meliputi pelbagai jabatan tidak sekadar bahagian pengurusan bahkan melibatkan beberapa skop kejuruteraan dan perisian. Malah kumpulan turut akan menarik kembali rancangan membina kilang berskala besar di Jerman dan Poland dan memiliki perancangan untuk gabungkan operasi pemasangan, pengujian di Costa Rica ke Vietnam dan Malaysia.

Secara menyeluruh Intel melihat biarpun tindakan ini akan memberi kesan ketara kepada operasi, langkah ini perlu untuk memastikan kelangsungan jangka panjang jenama dan kekal relevan pada pasaran mendatang dan Intel dijangka meraih penjimatan perbelanjaan operasi kepada $17 bilion pada 2025 dan $16 bilion pada 2026 hasil pengecilan operasi itu.