Artikel

Cadangan Hadkan Tempoh Khidmat Perdana Menteri Malaysia – Akan Diteliti Secara Menyeluruh

Usul mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri Malaysia ini bukanlah suatu tindakan yang baru. Sejak 2019 lagi, cadangan ini telah dikemukakan untuk tindakan lanjut. Maka mengambilkira langkah ini sebagai tindakan menambahbaik pentadbiran negara, Jemaah Menteri memaklumkan suatu perbincangan menyeluruh akan dilaksanakan kelak bersama semua parti politik berhubung langkah lanjut cadangan tersebut. 

Perihal ini menurut notis secara lisan Parlimen, adalah melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan menyentuh kuasa budi bicara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Maka penelitian secara menyeluruh harus dilaksanakan dan meraih persetujuan pelbagai pihak berkepentingan serta kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Perkara ini dijelaskan masih dalam tindakan dan penelitian pihak Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang negara.

Sekiranya cadangan ini dibawa ke kelulusan Parlimen maka mana-mana Perdana Menteri hanya diboleh berkhidmat dalam kapasiti selama 10 tahun maksimum. 

Buat pengetahuan umum, ketika ini di Malaysia – Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang telah memperkenalkan had tempoh perkhidmatan untuk Ketua Menterinya, iaitu dua penggal. Langkah ini bertujuan meningkatkan tadbir urus negeri dan mencegah dari berlakunya penyalahgunaan kuasa di masa hadapan.