Pasaran serbaneka Indonesia kini dilihat mula meluaskan jejak mereka pada pasaran serantau susulan permintaan produk semakin membrangsangkan – terbaharu Alfamart, antara pemain utama rangkaian kedai serbaneka di Indonesia kini dimaklumkan merancang memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Perihal ini dikongsikan Menteri Perdagangan Indonesia Budi Santoso pada laporan CNN, yang mana ia sebagai langkah meluaskan pasaran jenama Indonesia di peringkat global.
Setakat ini Alfamart memiliki lebih 2,400 cawangan di Filipina sejak kemasukkannya pada tahun 2014 dan kini sedang meneroka pasaran Malaysia, termasulah di Bangladesh.
Berdasarkan petunjuk itu, Kementerian Perdagangan Indonesia menyasarkan pembukaan tersebut tidak sekadar melibatkan 100% produk mereka tetapi akan perlihat kerjasama dengan rakan kongsi pasaran tempatan negara lain