Selari dengan pelancaran rasmi Sejahtera MADANI yang direalisasikan hari ini oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim – Malaysia optimis untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi negara khususnya kalangan miskin tegar dan miskin yang berdaftar eKasih bersama sokongan sektor korporat.
Tumpuan ini antara lain mengfokuskan kepada usaha tingkatkan pendapatan, pendidikan, perumahan dan kebajikan. Ketika ini pentadbiran negara menyasarkan sejumlah RM100 juta dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) akan disalurkan kepada medium ini dan dimaklumkan pengumpulan dana itu akan meraih potongan cukai pendapatan di bawah LHDN.
Dengan komitmen ini, kerajaan optimis untuk mengurangkan 33% kadar kumpulan miskin di Malaysia pada tahun ini. Buat pengetahuan umum setakat 15 Julai lalu seramai 306,403 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem eKasih negara dengan pecahan miskin tegar seramai 1,017 KIR dan miskin pula seramai 305,386 KIR.
