Artikel

CIMB Maklum Khidmat ATM, MEPS Dan CDM Akan Tergendala Seketika – Pada 26 Julai Ini

Para pengguna CIMB Bank kini diminta untuk bersedia bagi berdepan sebarang kesulitan pada minggu ini – susulan dimaklumkan Terminal Layan Diri CIMB Bank akan alami gangguan kesan tindakan penyelenggaran berkala perbankan.

Gangguan ini menurut notis CIMB Bank akan berlaku pada 26 Julai ini bermula jam 12.01 pagi sehingga 8 pagi. Antara khidmat terminal yang akan terjejas adalah mesin ATM, MEPS serta CDM, mesin deposit tunai.

Oleh itu, dengan makluman awal ini diharap para pengguna mengambil langkah alternatif dan merancang urusniaga anda yang melibatkan transaksi melalui terminal layan diri lebih awal – untuk mengelak sebarang kesulitan pengguna. Maka untuk perincian seterusnya, semua pihak boleh merujuk laman rasmi CIMB Bank.