Berkuat kuasa 1 Ogos ini, caj 1.6% Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTB) bagi tarif elektrik daripada program tenaga boleh baharu akan dikecualikan. Tindakan ini secara langsung akan memberi penjimatan kepada sebahagian kumpulan pengguna domestik serta pemain korporat negara yang penggunaan elektriknya lebihi 300 kWj sebulan.
Pengecualian ini menurut notis Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memberi manfaat kepada pengguna di bawah Program Green Electricity Tariff (GET), Program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) dan Program Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM).
Dengan langkah ini, PETRA menyasarkan lebih ramai pihak menggalakkan penerapan Tenaga Boleh Baharu (TTB). Penerapan itu dilihat kian meningkat sejak 2011 apabila kapasiti tenaga menggunakan solar telah meningkat kepada 5,100MW pada rekod semasa. Tidak hanya itu program melibatkan mekanisme galakkan tarif (FiT) juga meningkat dengan pengguna pembekalan elektrik daripada sumber biogas, biojisim dan hidro kuasa kecil melonjak kepada 855MW.
Maka bersama sokongan insentif ini, ia sekaligus berupaya meningkatkan matlamat Malaysia untuk mencapai penggunaan 70% TBB kalangan pemain korporat dan industri menjelang tahun 2050 kelak.