Sebagaimana yang disasarkan Malaysia untuk laksana peralihan pengelasan kumpulan rakyat berbanding penetapan kelas semasa yang terdiri daripada B40, M40 dan T20 untuk pengagihan bantuan yang lebih saksama – kerajaan kini memaklumkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini dalam proses integrasi data bersama agensi kerajaan untuk mengenalpasti kumpulan yang terlibat.
Menurut perkongsian secara lisan Kementerian Ekonomi pada portal Parlimen– sehingga Jun 2025, sistem PADU telah mengintegrasi data bersama 204 agensi berkuasa bagi mengemaskini 30.4 juta profil warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.
Berdasarkan tindakan itu, langkah menyemak dan penilaian kumpulan bersasar yang lebih baik dapat dicapai oleh pemantau untuk tindakan pengagihan subsidi yang lebih adil kelak.
Biarpun tidak memperincikan akan tempoh sebenar pelaksanaan PADU ini – Kementerian Ekonomi menjelaskan sistem ini akan dijadikan rujukan dan instrumen validasi bagi pelaksanaan subsidi RON95 kelak, yang dijangka akan diumumkan pada akhir September 2025.