Bertepatan dengan komitman meningkatkan bakat tempatan, Boost kini memaklumkan pihaknya telah laksana penstrukturan kepimpinan pada operasi semasa. Antaranya dengan melantik Ungku Norliza selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank dan Gin Wong pula selaku Ketua Perniagaan Pengguna pada segmen Boost Life.
Lantikan kedua peranan ini didasari akan pengalaman mereka pada arena teknologi kewangan negara. Di mana Boost optimis dengan tampuk pimpinan baharu itu, berupaya meluaskan pertumbuhan Boost di pasaran hadapan, yang dijangka akan tampil dengan pelbagai idea akses serta tindakan inklusi kewangan bersama pengguna.
Buat pengetahuan umum, sebelum Ungku Norliza memikul tanggungjawab selaku Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life yang bertanggungjawab pada perkembangan ciri Boost eWallet. Sementara Gin Wong pula sebelum ini berperanan selaku Ketua Produk pada Boost Life yang juga menjadi individu penting dalam membentuk ekosistem Boost eWallet bersama pengguna.