Artikel

Kadar Tol Kekal – Kerajaan Umum Tangguh Kenaikan Kos Ke Atas 10 Lebuh Raya

Kerajaan Malaysia bersetuju untuk menangguhkan tindakan kenaikan kadar tol sebagaimana yang dijadualkan akan berlaku ke atas 10 lebuh raya di negara. Menerusi tindakan itu, ini bermakna kadar tol kekal pada kos yang sama.

Berdasarkan perincian Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kesan tindakan itu dijangkan sejumlah lebih RM500 juta kos yang akan ditanggung oleh pentadbiran negara.

Pelaksanaan itu melibatkan Leburaya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).