Artikel

PM Anwar: Rakyat Malaysia Berusia 18 Tahun Ke Atas Terima RM100 – Sempena Hari Merdeka

Setelah mencetuskan pelbagai tanda tanya berhubung penghargaan luar biasa yang ingin diberikan kepada rakyat Malaysia – hari ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara rasminya mengumumkan beberapa insentif baharu antaranya semua rakyat Malaysia dewasa yang berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 one-off bersempena hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2025 ini.

Perolehan itu dijelaskan akan dikreditkan melalui MyKad untuk penggunaan program pembelian barangan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Tidak hanya itu, Malaysia turut isytiharkan 15 September 2025 sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Hari Malaysia 2025.

Keputusan ini dicapai susulan melihat prestasi ekonomi Malaysia dilihat kekal stabil dengan pertumbuhan KDNK 4.4% disusuli kedudukan Ringgit yang tampil antara 5 mata wang terbaik di pasaran Asia dan kadar pengangguran negara mula telah mencapai paras terendah 3.0%.

Berita lanjut menyusul.