Artikel

47 Juta Pelancong Disasar Memasuki Negara – Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, pentadbiran menjangkakan sejumlah 47 juta pelancong antarabangsa akan memasuki negara. Sasaran ini menurut Kementerian Pelancongan akan melibatkan kemasukan pelancong dari pasaran Asia Tengah Timur Tengah, ASEAN, Eropah dan Oceania.

Setakat ini aliran kemasukan pelancong di Malaysia pada perkongsian di sidang Parlimen – kekal memaparkan aliran yang positif, dengan rekod Januari sehingga Mei 2025 seramai 16.94 juta pelancong dicatatkan dengan kenaikan 20.4%. Rekod ini secara jelas papar peningkatan berbanding tempoh yang sama pada 2024.

Berdasarkan data semasa, ini perincian pelancong antarabangsa mengikut negara yang memasuki Malaysia:

  • Singapura – 8.34 juta pelancong (naik 26.5%)
  • Indonesia – 1.82 juta pelancong (naik 10.3%)
  • China – 1.81 juta pelancong (naik 38.8%)
  • Thailand – 1.06 juta pelancong (naik 5.2%)
  • India – 664,811 pelancong