Seiring dengan langkah inovasi digital, CIMB Bank kini secara rasminya memperkenalkan Amira iaitu rakan pembantu digital pada operasi perbankan mereka bersama pengguna Malaysia.
Berbeza dengan pendekatan tradisional, CIMB menjelaskan Amira direka untuk meningkatkan jaringan komunikasi perbankan bersama pengguna dalam perihal tertentu. Ia merangkumi peranan memberi peringatan dan maklumat kepada pengguna bank. Misalnya peringatan pembayaran pinjaman, kad kredit serta tindakan pembaharuan seperti insurans.
Maka pada akses itu, setiap pengguna CIMB diminta untuk mengesahkan nombor talian Amira terlebih dahulu bersama Pusat Bantuan Pelanggan CIMB bagi mengelakkan sebarang risiko penipuan. Dengan pematuhan tersebut, kecekapan urusan bersama CIMB dijangka akan lebih lancar pada masa hadapan.
Namun diingatkan, pengenalan ciri Amira adalah alat komunikasi tambahan CIMB dan bukan bertindak selaku medium aduan mahupun pertanyaan.