Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) kini melakar rekod baharu pada pembabitannya dalam arena pelaburan negara apabila berjaya memaparkan jumlah pelaburan bersama lebihi RM1 bilion, sejak ia ditubuhkan pada 2019.
Medium pelaburan di bawah Kementerian Kewangan (MOF) ini secara langsung telah membantu dan perkasakan perkembangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia selaku penaung dalam pembayaan, platform pendanaan ramai berasaskan ekuiti (ECF) dan pembuayaan antara rakan setara (P2P) kepada kumpulan PMKS.
Dalam tempoh 6 tahun ini untuk makluman, lebih 9,500 PMKS telah meraih manfaat hasil pelaburan bersama MyCIF.
Secara menyeluruh MyCIF adalah sebuah Geran padanan MyCIF di bawah bajet negara yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi syarikat pemula dan PMKS yang berjaya mengumpul dana melalui kaedah EFD dan P2P bertujuan untuk memperkasa pembiayaan alternatif