Artikel

Inflasi Malaysia Terus Mereda – Kini 1.1%

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi penanda kepada paras inflasi utama di Malaysia kini memperlihatkan aliran peningkatan yang lebih rendah apabila kadar inflasi pada Jun 2025 merekodkan kadar 1.1%. 

Sebagaimana prestasi bulan lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjelaskan kadar ini antaranya didorong akan kenaikan yang lebih perlahan pada segmen Makanan dan Minuman dengan kadar 2.1%.

Namun subkumpulan Makanan Di Luar Rumah menunjukkan peningkatan lebih tinggi, 4.7% berbanding 4.4% pada bulan sebelumnya. Berbeza dengan kos Makanan Di Dalam Rumah yang menurun -0.4%, yang sekaligus mengekang inflasi ini daripada meningkat lebih tinggi.

Selain kos makanan yang dilihat lebih terkawal, kos pada  segmen lain seperti Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial , Pendidikan, Perumahan -Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api  serta Rekreasi-Sukan dilihat memaparkan peningkatan lebih kecil.

Manakala mengikut taburan negeri pula, diteliti terdapat 5 negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Negeri Sembilan (1.6%), Selangor (1.6%), Johor (1.5%), Melaka (1.3%) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.2%).