Bermula 1 Ogos ini, semua majikan di seluruh Malaysia perlu melaksanakan sepenuhnya Perintah Gaji Minimum RM1,700 sebulan. Ini termasuklah kumpulan majikan yang memiliki kurang 5 pekerja di dalam operasi.
Seperti yang umum ketahui sebelum ini, pelaksanaan tersebut dikuatkuasakan ke atas kumpulan majikan yang miliki 5 pekerja ke atas sahaja pada 1 Februari 2025 – sebagaimana yang dilaras di bawah pembentangan Belanjawan 2025. Pelaksanaan itu memberi tempoh 6 bulan kepada operasi kecil untuk menyesuaikan kewangan mereka sehingga 31 Julai ini. Maka dengan penamatan tempoh pengecualian itu, semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja perlu melaksanakan tuntutan gaji minima ini.
Dengan makluman itu, semua majikan diminta menyemak semula struktur gaji pekerja mereka bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji pokokĀ di bawah kadar minimum. Jika didapati masih terdapat majikan ingkar akan pematuhan tersebut – kumpulan ini boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 bagi setiap pekerja dan boleh dipenjara tidak lebih 5 tahun di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.