Setelah berteka-teki selama beberapa hari ini, dimaklumkan pengumuman berkaitan penghargaan buat rakyat Malaysia akan diketahui pada 23 Julai ini, iaitu pada hari esok sekitar jam 10.30 pagi.
Perkongsian notis ini menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merangkap selaku jurucakap kerajaan Malaysia telah mengesahkan perkara tersebut.
Biarpun tiada perincian lanjut akan bentuk penghargaan yang bakal diberi kepada penduduk Malaysia – terdapat potensi tindakan itu melibatkan pembiayaan pendidikan mahupun pengenalan insentif baharu kepada rakyat negara. Sama-sama kita nantikan.