Selaras dengan tindakan pembubaran rasmi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), bermula 1 Ogos ini akan perlihatkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) ambil alih sepenuhnya semua peranan kawal selia industri penerbangan awam di negara.
Peranan ini merangkumi pelesenan, pengagihan hak trafik udara, pembangunan lapangan terbang, perkhidmatan udar luar bandar, isu ekonomi, persaingan serta pemantauan kawal selia secara menyeluruh.
Tidak hanya itu CAAM juga akan menyelia platform digital melibatkan AeroFile dan AeroLicence untuk memproses permit penerbangan lintas ruang udara, pendaratan serta permohonan lesen.