Maybank kini memaklumkan sebilangan khidmatnya akan tergendala berikutan aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan pada 22 Julai ini bermula 3.30 pagi sehingga jam 4.30 pagi.
Pada tempoh tersebut akan menyaksikan beberapa perkhidmatan digital dan fizikal Maybank berdepan gangguan dan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Antara khidmat yang terjejas adalah:
- FPX
- Maybank2u Biz (laman web dan aplikasi mudah alih)
- Maybank2U
- Perkhidmatan ATM
Namun usah khuatir, ini kerana pengguna masih boleh menggunakan khidmat MAE – melibatkan transaksi seperti pindahan dana segera bersama bank dan dompet digital, penbayaran bil dan tindakan imbas-bayar.
Diharap semua pengguna peka akan pemberitahuan ini, dan melunaskan segala transaksi sebelum pelaksanaan penyelenggaraan tersebut dijalankan.