Artikel

6.5 Juta Akaun Aktif BNPL Kini Direkodkan Di Malaysia, Transaksi Melonjak 31% – MOF

Jika tahun lalu sejumlah 5.1 juta akaun aktif yang menggunakan Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) direkodkan, kini jumlah tersebut telah melonjak naik kepada 6.5 juta akaun aktif BNPL setakat Jun tahun ini.

Peningkatan ini menurut perkongsian Kementerian Kewangan (MOF) pada pembentangan RUU Kredit Pengguna hari ini menjelaskan ia membawa kepada lonjakan transaksi sekitar 102.6 juta pada separuh pertama 2025. Angka ini lebih tinggi dengan lonjakan 31% kepada RM9,3 bilion berbanding data separuh kedua 2024.

Walaupun lebih ramai pengguna kini cakna akan pengurusan kewangan tetapi risiko disebalik peningkatan penggunaan BNPL ini wajar diteliti lanjut khususnya ke atas kumpulan pengguna yang miliki skor kredit rendah susulan ramai diantara mereka tidak miliki pendapatan yang tetap.

Melihat pada lonjakan itu, MOF melihat RUU ini wajar dilaksanakan bagi melindungi kepentingan pengguna dari institusi kewangan bukan bank. Langkah mengawalselia ini akan menambahbaik penawaran kredit di pasaran hadapan dan sekaligus mengukuhkan perundangan negara.