Public Bank kini memaklumkan para pengguna perbankan mereka tidak lagi boleh mengakses aplikasi PB Engage MY mulai 15 Ogos ini.
Tindakan itu sekaligus menuntut untuk semua pengguna perbankan Malaysia berpindah kepada aplikasi MyPB untuk meraih pengalaman perbankan yang lebih lancar di pasaran semasa. Notis ini secara jelas menandakan semua aktiviti perbankan Public Bak hanya akan disokong melalui aplikasi MyPB semata tidak lagi berpaut kepada aplikasi PB Engage MY.
Namun perlu diingatkan setelah memuaturun dan mengaktifkan aplikasi MyPB, semua pengguna Public Bank perlu melalui tempoh bertenang selama 12 jam bagi melengkapkan segala prosedur. Dengan langkah sedemikian, urus niaga pengguna Public Bank dijangka lebih lancar dan meraih akses sekuriti yang lebih baik di masa hadapan.