Perluasan arena kriptowang kini dilihat turut meningkatkan risiko aktiviti haram dalam pasaran negara – dengan sejak 2018 didapati negara telah berdepan kerugian sekitar RM4.8 bilion kesan tindakan curi elektrik bagi aktiviti melombong Bitcoin secara haram.
Statistik ini jelas Suruhanjaya Tenaga memperlihatkan kadar kerugian Tenaga Nasional Berhad (TNB) meningkat selari dengan lonjakan nilai kripto di pasaran semasa. Namun aliran kerugian itu dilihat semakin menurun pada 2022 sehingga sekarang dengan rekod kes kecurian elektirk sekitar 2,399 kes (2023-2024) dan 1,800 kes direkodkan pada tahun ini.
Sebagai peringatan, mana-mana pihak yang terlibat dengan tindakan mencuri elektrik – individu ini akan berdepan tindakan perundangan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dengan jumlah denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga 10 tahun. Sementara pemberi makluman pula dimaklumkan berupaya meraih ganjaran sehingga 50% daripada pengenaan jumlah denda yang dikenakan.