Sebagaimana pernah dikemukakan cadangan pada 2019, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini kembali mengkaji semula usul mereka untuk membina sistem pemindahan antara terminal (ITT) iaitu sambungan antara KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.
Rancangan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) ini bertujuan untuk mengintegrasikan kedua terminal sebagai satu hab tunggal, di samping memberi manfaat kepada penumpang transit dari aspek penjimatan masa dan tindakan pertukaran penerbangan di terminal yang berbeza.
Cadangan itu untuk makluman adalah wajar berikutan trafik penumpang kian meningkat pada setiap tahun sekaligus menuntut penambahbaikan pada keperluan pergerakan yang lebih cekap bersama penumpang. Semakan itu dijelaskan sedang dilaksanakan melalui satu pembuktian konsep (POC) untuk meneroka pemindahan bagasi dan penumpang di kawasan udara berbanding laluan kawasan darat seperti sedia kala. Usaha ini memudahkan penumpang tanpa perlu lalui prosedur imigresen dan pemeriksaan keselamatan yang rumit.
Selain tumpuan itu, MAHB turut memaklumkan sejumlah RM30 juta telah dilaburkan pada KLIA T1 untuk tambahbaik kemudahan dan kecekapan operasi bagi separuh pertama 2025. Usaha naiktaraf ini adalah selari agenda Tahun Melawat Malaysia 2026, yang secara langsung akan perlihatkan kemasukan pelancong secara mendadak pada tahun hadapan. Maka ke arah persediaan itu, pelbagai kemudahan ditambahbaik secara berkala.