Artikel

SleekFlow Kini Lancar AgentFlow – Bantu Peniaga Malaysia Pacu Hasil Jualan Bersama Sokongan AI

Menyedari sekitar 89% perniagaan di Malaysia memiliki keyakinan akan sokongan AI berupaya meningkatkan kecekapan operasi – SleekFlow kini secara rasminya telah melancarkan AgentFlow pada pasaran tempatan, yang direka untuk membantu perniagaan di Malaysia pelbagaikan interaksi operasi bagi meningkatkan hasil jualan mereka bersama sokongan ejen kecerdasan buatan (AI).

Pada sokongan itu, kumpulan perniagaan boleh menyesuaikan akses ini berdasarkan kehendak operasi termasuklah pengaturan tugas. Penyesuaian itu secara jelas akan membantu operasi untuk tangani isu tugasan berulang dan memberi tumpuan kepada tugasan yang lebih kompleks. Sebagai contoh rutin merekod maklum balas asas dan pengumpulan data pengguna. Lebih menarik, ia juga beri penjimatan masa kepada pengguna – ketika ini sekitar 66% pengguna akui tidak gemar menunggu berkaitan sebarang urusan lebih dari 5 minit.

Secara menyeluruh, sokongan SleekFlow ini tidak sekadar memacu pertumbuhan, penerapan digital mahupun meningkatkan kecekapan tetapi turut menyediakan inisiatif yang berbeza dalam menambahbaik kualiti perkhidmatan syarikat di Malaysia secara berkala di masa hadapan.