Artikel

Maybank Maklum Khidmat ATM, MAE Dan Maybank2U Biz Akan Tergendala – Pada 19 Julai Ini Sehingga Jam 8 Pagi

Berikutan penangguhan tindakan penyelenggaran yang seharusnya dijalankan pada 12 Julai lalu – Maybank memaklumkan aktiviti penyelenggaraan itu akan dilaksanakan pada 19 Julai ini bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 8 pagi.

Pada tempoh tersebut akan menyaksikan beberapa perkhidmatan digital dan fizikal Maybank akan berdepan gangguan dan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Antara khidmat yang terjejas adalah:

  • Aplikasi MAE
  • Maybank2u Biz (laman web dan aplikasi mudah alih)
  • Perkhidmatan ATM
  • DuitNow
  • JomPay
  • FPX
  • Interbank GIRO (IBG)

Maka dengan makluman ini, diharap segala urusan transaksi dapat dilaksanakan sebelum tempoh penyelenggaraan tersebut berlangsung. Langkah ini bertepatan dengan gagasan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan sistem perbankan kekal stabil selamat dan berfungsi pada tahap optimum.